Counseling Assignment, UM, Malaysia Seiring Dengan Era Globalisasi Sekarang, Profesion Perguruan Memainkan Peranan Yang Penting Dalam

Publish By: Admin,
Last Updated: 03-Oct-23
Price: $100

  1. Seiring dengan era globalisasi sekarang, profesion perguruan memainkan peranan yang penting dalam proses pembagunan manusia, masyarakat dan negara. Guru merupakan individu yang bertanggungjawab bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Selari dengan itu, bagi mencorakkan kaedah pengajaran yang efisien dan mencapai matlamat dunia pendidikan agar dapat di capai secara optimum, guru dilihat merupakan elemen yang paling penting pada pada masa sekarang.

    Dalam usaha menentukan mod pengajaran yang baik, terdapat pelbagai cabaran yang di hadapi oleh guru yang dilihat semakin kompleks dan mencabar. Peranan guru pada hari ini tidak hanya terhad sebagai penyampai pengajaran malah, turut bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cabaran kehidupan yang perlu digalas pada setiap bahu pendidik, amnya adalah amat kritikal dan berkaitan dengan kesejahteraan kerja guru.

    Kesejahteraan kerja merujuk kepada sumbangan yang sangat bermakna dari aspek fizikal dan mental serta amalan atau nilai oleh individu untuk mencapai kualiti, keperibadian dan kepuasan kerja. (Brysonet Forth, & Stoke 2017). Bagi golongan guru, bebanan tugas guru yang kian bercambah memberikan implikasi tehadap kualiti, keperibadian dan kepuasan kerja mereka. Kegagalan guru mengatasi tekanan yang datang akan menyumbang kepada ketidakselesaan dalam pekerjaaan dan mengalami ketidakstabilan emosi sehingga membawa kepada burnout.

    Individu yang dikaitkan dengan burnout akan merasakan tidak berupaya untuk menanggung beban emosi yang tidak stabil dan keadaan demikian memberikan kesan negatif terhadap sikap dan tindakan seseorang dalam kehidupan. Justeru, melihat cabaran-cabaran pendidikan masa kini, guru yang tidak berjaya menghadapi cabaran hari ini, akan memberi ruang wujudnya gejala burnout dan depression dalam kalangan guru.